Tips dan cara pantaskan komputer anda
Pernah tak rasa laptop rasa makin lembab. Bila nak on ,laptop slow nak bukak Windows. Time nak bukak file explorer dia perlahan cari file. Nie member nak bagi tips baik punya.
Check startup program
1. Pergi kat search bar cari 'Task Manager' dan open program tu.
2. Dekat atas pergi ke bahagian 'Startup'
3. 'Disable' program-program yang tidak diperlukan lagi2 yang dia tulis 'High Startup impact'. Contohnya app yang aku highlight warna kuning itu tidak diperlukan. Kalau korang install Steam, Epic Launcher atau Spotify ,aku galakkan disable sebab dia akan slowkan lagi komputer korang. Yang warna hijau tu aku biarkan enable atas dasar keselamatan. Kalau disable tu dia x kacau program korang.
p/s: kalau BIOS time tu lebih 30s kene check balik setting BIOS dan security korang
Tutup background program
1. Pergi Setting
2. Cari bahagian 'Privacy' pastu scroll ke 'Background App'
3. Turn Off app-app yang tidak penting...Kalau macam Intel, Nvidia,AMD dan Windows Security tu biarkan je dia on takut ganggu driver atau keselamatan.
Buang Bloatware
Ini amat penting lagi-lagi baru beli laptop...Check program apa yang dah di-install dalam laptop korang
Contoh 'Adaware' (nie dapat waktu install torrent), Mcafee waktu install PDF Acrobat Reader (kecuali kalau korang pakai ), Asus Giftbox (khas utk asus), Netfix (selalu pre-install), Norton (waktu beli dh ada dlm laptop tapi x der licence) dan macam-macam lagi lah.
1. Contoh satu:
Pergi kat 'Start pin' ,right click pilih uninstall atau check program kat kiri tile tu.
2. Uninstall direct dengan pergi control panel, uninstall a program:
Pilih proram mana yang x pakai untuk unistall,biarkan program publisher Intel,AMD,Nvidia sebab tu penting untuk laptop.
Kurangkan penggunaan storage anda
Windows selalu simpan cache atau data system untuk memastikan komputer anda dapat berfungsi dengan baik. Namun begitu kadang-kadang file-file ini tidak lagi digunakan dan akan mengambil storage anda.
1. Pergi Setting, pastu 'System'
2. Cari bahagian storage
3. Pastikan 'Storage Sense' dihidupkan
4. Pergi configure Storage Sense
4. Pastikan ia diset untuk 'Run every month'
5. Jika storage anda terlalu sedikit tekan clean now...Kalau dia bagi option untuk select mana ,select semua kecuali 'Folder Download' dan 'Recycle bin'...takut terdelete file penting
Defragment file anda
Ini amat berguna lagi-lagi yang pakai hard disk. Defragment adalah proses menyusun semula file-file anda dalam hard disk.
1. Cari Defragment
2. Run as Administrator
4. Dah settle tekan pulak 'Optimize'
5. Tekan 'Change setting' pastikan dia Automatic dan run Weekly/Monthly
Ubah suai File Explorer setting.
Pernah tak nak cari file tapi setiap kali bukak folder dia jadi perlahan...Ni cara nak bagi cepat
1. Buka File Explorer, dekat atas bahagian kiri ada option 'File'
2. Pilih 'Change Folder and Search option'
3. Di bahagian General set seperti gambar diatas. Bahagian privacy tekan 'Clear' untuk 'Clear File Explorer history' dan tekan OK
4. Bahagian 'View' tekan 'Restore Default' dan 'Apply to Folders'. Kemudian tekan OK dan Apply
5. Dekat Quick Access , right click dan pilih 'Unpin from Quick access' untuk file yang x perlu. Setakat Desktop,Download,Document,Picture dan 1-3 file yang selalu digunakan.
Kurangkan Animation
Kalau laptop anda tu RAM dh nazak tu digalakkan kurangkan animation sebab bende-bende kecil nie dia makan sikit-sikit.
1. Pergi Control Panel
2. Cari System and Security dan pilih System
3. Dekat kiri tu ada lambang perisai tekan 'Advance system setting'
4. Bahagian performance tekan 'Setting' .Nanti keluar tab baru ,dekat 'Visual Effect' ,pilih 'Best for performance' dan tekan Apply.
Lain-lain
1. Desktop susun bagi kemas. Setakat Recyle Bin, 3-4 Program yang selalu guna dan 1-3 shortcut file yang selalu dibuka. Lagi clean kalau cuma ada satu colums kat tepi sahaja.
2. Susun file dan namakan file dengan baik. Ini memudahkan korang untuk search file dan untuk buat backup. Contoh nama file : Kursus Belajar Online 2020 .Jangan namakan macam nie pulak : dhuwqonline20 ,susuah nak cari nanti.
3. Sekali sekala semak file-file yang tidak diperlukan dan masuk dalam Recycle Bin. Ini kadang-kadang dalam Download ada beribu file padahal guna untuk pembentangan sekali sahaja. Dah rasa file tu dh x perlu 'Empty Recycle Bin' ...Sebenarnya file anda disimpan selagi anda tidak empty kan recycle bin anda.
4. Gunakan satu sahaja wallpaper biasa. Ini dahlah pakai live wallpaper pastu setting tukar setiap 10 minit. Bende nie sebenarnya makan kat background.
5. Banyak lagi cara ,contohnya disable Cortana tapi aku malas nak tunjuk sebab dia main regedit takut salah sikit terus komputer blue screen...Nie untuk advance userlah.

















Comments
Post a Comment