Tingkatkan Privacy dan Security anda

Setiap tahun selalu kita dengar pasal masalah security dan privacy. Kadang-kadang ada kawan-kawan kita account kene hack, duit bank lesap, laptop kene virus dan macam-macam lagilah. Aku pun x derlah pro sanggat dalam bab nie jadi mana yang aku bole tolong aku tolong. Yang tahap advance sampai run Linux Kali tu bukan dalam bidang aku.

Sebelum itu kita check level privacy dan security anda

  1. Guna password sama untuk setiap account
  2. Main join je Wifi asal dapat internet free
  3. Bank-in guna Wifi mamak atau LRT
  4. Password ada contain nama, tarikh lahir atau bende personal
  5. Bila install app bagi sahaja permission
  6. Tak tau permission atau backgound app
  7. Main bedal install app
  8. Tak pernah checkup Google Account setting
  9. Tak tau app yang anda install dalam laptop atau phone anda
  10. Laptop x der Antivirus
Kalau korang ada salah satu daripada kat atas ini , maknanya anda x pernah kisah pasal security anda.

Jom aku ajar cara untuk upgrade security korang:

Password


Ini bende paling basic. Paling penting bagi aku password bank, email dan sosial media WAJIB LAIN. Okey untuk online banking itu duit korang, E-mail bende paling PENTING sebab kalau korang punya account Insta ke Twitter ke kene hack email sahaja yang dapat recover balik. Kalau ada orang dapat aksess email korang memang habis. Dan sosial media pulak di mana imej dan data peribadi korang paling banyak kat internet. Macam aku xder sosial media, setakat lepak kat 4chan je.

Mari kita bandingkan password :
  1. example123456  -Paling teruk
  2. Exp@177013! -Okey
  3. G5j8!x6vXZa1J -Bagus tapi susah nak ingat
  4. KucingFly177013%Lang -Paling bagus
Bagi aku no 2 tu dh okey tapi lagi bagus kalau korang dapat buat yang no 4. Ini contoh formula buat password:

Atau kalau malas korang boleh pakai password manager. Tetapi pastikan master password anda kukuh kalau tidak habis semua kene bantai. Dalam browser masing-masing dah ada built-in password manager

Untuk chrome pergi setting -->autofill--> password ,setkan macam nie.


Nanti website mana yang korang save password dia akan simpan kat sini.
Bila korang sign in mana-mana website dia akan keluar pop-up nie dan pilh save. Never kalau korang x nak save.

Google Account Setting


Beberapa bulan sekali pergi buat check-up data anda. Lagi bagus kalau check setiap kali dapat email daripada google untuk review account aktiviti anda.
Nie contoh email korang dapat

https://myaccount.google.com/  untuk semak account anda.

Kalau ada aktiviti baru dekat Security tu dia bagi warning. Pastu korang pilih secure account dan check activiti anda. Nanti dia bagi soalan korang tengok tu betul ke korang. Contoh korang duduk Batu Kawan pakai iphone tapi tengok-tengok ada Oppo dekat KL sign in...cepat-cepat block dan tukar password.

Korang jugak boleh buat privacy check up dengan klik 'Get Started' kat Privacy Check-Up

Antara setting account yang aku suggest kalau korang jenis jaga privacy tahap medium (kalau Ultra x pakai produk Google :D )

  1. Ad personalisation -Turn Off
  2. Location History -Paused
  3. Signing in to Google, 2-Step Verification -Turn On
  4. Sign out all device/sesion dengan pergi kat Gmail,bahagian kanan bawah sekali,'Detail'
  5. Opt-out Personalized Ads
  6. Pilih Sign in with Google untuk login website yang ada option tu. Mudah untuk korang check website mana anda sign in dan boleh revoke aksess jika anda tidak selamat.

Detail G-mail (utk no 4)

Wifi


JANGAN sesekali buat bank transaction dengan guna Public Wifi. Maksud public wifi nie macam Wifi McD, Starbuck, hotel,Universiti atau dekat kedai mamak. Selalunya dia x der password atau korang kene daftar dulu. Bank account atau email senang kene hack sebab hacker boleh setup wifi palsu pastu sniff password dan data korang atau dia buat men in middle attack. Amat digalakkan korang pakai VPN ketika guna Wifi Awam ini.

Pakai VPN free macam Betternet atau Opera+VPN dh cukup. Bukan korang pakai sanggat pun.

Permission


Ini selalu orang terlepas pandang. Tapi aku bole tolong kat android atau windows je sebab x mampu ada iphone...Kenapa kene check permission ,sebabnya itu privacy anda. Kecuali anda spesis x kisah dalam-diam camera syok rakam anda.
Aha ini kawan dorm aku share dia jumpa kat Reddit. Memang patutlah redditor anti-Tiktok :D

Untuk Chrome

1. Pergi Setting--->Privacy and Security--->More ,pastu ikut setting gambar kat bawah nie


2. Pergi Setting--->Privacy and Security--->Site Setting pastu check permission mana korang x nak bagi atau 'Ask before use'.
Macam aku x bagi guna camera, microphone ,notification dan Location.

3. Clear browsing history,cache and site data sekali sekala lagi-lagi jenis yang suka torrent atau pirate movie .

Windows

1. Pergi Setting--->Privacy
2. Kat kiri ada list option macam camera,location dan microphone
3. Select app mana je yang korang nak benarkan pakai atau disable terus

4. Kalau korang nak pakai Skype atau Microsoft Teams untuk video call korang kene enable balik mana-mana option yang perlu.


Android 

1. Setting--->Privacy--->Permission
2. Nanti ada list macam location,camera dan microphone...korang boleh pilih "Allowed All time", "Only while in used" atau "Denied".
3. Macam "Find my Device" bagi dia Allowed All time apa-apa hal macam phone hilang dia berguna tapi app pelik-pelik yang korang download dari playstore korang Denied (X bagi terus) je atau Only while in used (Ketika anda guna app itu sahaja)

Antivirus


Ini penting lagi-lagi pakai windows. Pastikan Windows Security sentiasa ON sebab ianya last line defend computer anda. Jangan main download je program, scan for virus dahulu degan right click ,nanti keluar option scan with 'Nama antivirus yang anda pakai'.

Pastikan semua ada tick hijau lagi-lagi Virus Protection .Kalau korang pakai antivirus lain pastikan Windows Security periodic scan turn On.


Kalau virus susah nak buang pilih full scan atau offline scan. Offline scan adalah defend paling akhir sekali. Bila korang Offline scan, computer akan restart dan keluar Offline Scan warna biru...Korang kene plug laptop dan biarkan dia run.

Untuk antivirus tambahan aku suggest Kaspersky Free atau BitDefender free dh cukup okey. Ini video daripada youtube bandingkan dua Antivirus free tu:


Untuk android selalunya phone anda dh ada built in app 'Optimizer'...x yah download phone Cleaner...bende tu sebenarnya x bagus mana pun. Kalau nak download Kaspersky atau Bitdefender App sebagai tambahan sahaja.

Contoh Huawei Optimizer App , Bole clean balik RAM, block no spam/No in contact dan virus scan.

Link and scam


Ini ramai yang terperangkap dan tertipu. Maklumlah bila member whatsapp link kata Free McD coupon atau Percuma RM100 untuk Pasaraya TXXXO sapa je x tergoda. Meh aku ajar cara nak tengok link tu scam ke tidak ,kene belajar sikit pasal Domain. Semak balik link anda betul-betul.


Paling penting jangan share no OTP. Selalu no OTP adalah 6 digit nombor/beberapa digit code yang dihantar dalam email atau SMS ketika anda buat transaksi bank, beli barang kat lazada atau sign in Microsoft. Sanggat penting, simpan diam-diam je.

P/s: Aku terlupa sesuatu. 
Kalau korang pergi internet tiba-tiba website kata Phone/Laptop anda virus itu semua PALSU. Jangan download atau tekan apa-apa ,terus keluar dari website tu. Itu semua scam ,korang tekan dia download virus. Ini kerana orang kat internet x leh scan contain laptop/phone kita .

Tambahan

-Tukar search engine daripada Google kepada DuckDuckGo (Privacy paling kuat),Ecosia (privacy sambil tanam pokok) atau Disconnect.me

-Gunakan Ads bloker atau Track blocker.

-Pastikan website bermula dengan HTTPS

-Jangan klik apa-apa dalam email .Sebaliknya check url semula.

-Pastikan semua software up to date. 

-Guna Tor untuk urusan melibatkan perkara sensitive.

-Encryption email dan document rahsia .PGP /E2E extension boleh didapati untuk chrome (G-mail).

-Tutup camera/webcam dengan tape atau sticker jika anda tidak gunakan.
.
-Disable driver webcam dan microphone bagi pakai laptop. Enable balik bila nak pakai sahaja

-Unsubscribe email dan notification yang tidak diperlukan.

-Kalau boleh jagan pakai Facebook ,Insta dan Tiktok, bende tu sentiasa track anda.

-Dapatkan maklumat sahih ,jangan main percaya berita kat Facebook dan Whatsapp.

-Kurangkan Whatsapp tukar kepada Signal atau Telegram.

-Incognito mode Keyboard untuk yang pakai smart phone

-Jangan simpan password dalam text atau dalam bentuk digital. Tulis dekat kertas dan sorok kat tempat yang selamat

-Jangan pakai Biometric lock macam 'Fingerprint' kerana amat mudah dibuka,gunalah PIN/Password. Pattern lock juga tidak digalakkan kerana mudah dibuka.

-Jika boleh pakai offline app jika ada .

-Letak Password untuk app penting seperti file manager, gallery, chrome dan lain-lain

-Tukar daripada Chrome kepada Firefox untuk lebih privacy 

Comments