Luahan masalah sektor pendidikan negara


Ramai kawan-kawan aku emak atau bapa mereka seorang guru. Sektor pendidikan antara sektor penting  untuk memastikan generasi seterusnya dapat memacu negara ke arah yang lebih baik. Namun begitu terdapat pelbagai masalah kritikal yang dihadapi oleh sektor pendidikan. Ini luahan penuh si Admin. (Post ini khas untuk sektor sekolah rendah dan menengah)

Masalah


[1]    Sistem online yang diperkenalkan kerajaan adalah suatu inisiatif yang bagus namun execution yang dibuat tidak berapa bagus. Telalu banyak website dan laman kerajaan yang perlu diguna oleh guru. Sesetengahnya perkara perlu disi berulang kali pada pelbagai website berlainan. Contohnya di Johor , kehadiran murid perlu disi dalam APDM dan eHadir. Selain itu data-data yang simpan dalam online perlu diprint dan disimpan secara hardcopy walaupun adanya kemudahan online. Malahan jika ada pemantauan kena pastikan data online dan hardcopy mesti ada.

Kebanyakkan website yang dibina setakat ala cadar sahaja. Tidak mesra pengguna langsung. UI website seperti zaman 90an (depan nampak cantik tapi bila login guna sistem...). Malahan sesetengah perlu gunakan Internet Explorer untuk mengunakannya. Kadang-kadang data yang disimpan hilang selepas beberapa tahun. Malah kebanyakkan website tidak selamat (tiada https, tiada DDOS protection, password tidak encryption). Ini amat bahaya kerana website-website ini mempunyai pekara sensitif iaitu data peribadi murid dan guru. Malah kebanyakkan website tersebut tidak boleh menampung aliran traffik yang tinggi, ramai je sikit je orang terus server down.

[2]    Pelbagai sistem pembelajaran yang diperkenalkan sebenarnya tidak memberi impak kepada pelajar malah sebagai bekas pelajar aku boleh kata begitu. PBL, i-Thinking, Frog VLE, tukar BM pada BI dan macam-macam perkara remeh semua tu tidak ada function malah membebankan.


[3]    Macam PBL atau Program pembelajaran interaktif tu bukan function sebenarnya. Banyak sebenarnya pura-pura kalau ada inspection atau pegawai datang semak. Macam buat peta minda, permainan dalam kelas tu kalau pegawai datang sahaja baru kami kelas kami buat. Bukan apa bende yang disuruh oleh peringkat atasan tu tidak dicuba oleh murid-murid biasa dan guru. Pegawai-pegawai tu pergi oversea tengok macam menarik pastu suruh cikgu adapt tetapi tidak tengok impak dan beban pelaksanaan perkara tersebut pada pembelajaran murid. Sudah pulak tu kos untuk membeli kertas, hiasan dan bende-bende 'pembelajaran interaktif' ini ditanggung guru, bukan free pun. Dan bagi aku lebih baik buat nota sendiri dari guna 'pembelajaran interaktif' ini.

[4]    Contohnya pertukaran subjek Math dan Science dari English kepada BM. Sudahlah sampai Form3 aku belajar dalam EN kemudian bila tukar sekolah naik Form4 belajar dalam BM. Aku kene relearning semula apa aku belajar dan apabila masuk Universiti aku belajar dalam English jadi aku kene adapt balik. Konsep Memperkasakan Bahasa Kebangsaan yang tidak kene tempat dan subjek. Aku bukan menentang konsep Memperkasakan Bahasa Kebangsaan tetapi untuk subjek Science dan Math biarkan sahaja dalam English kerana banyak istilah dan research adalah dalam bahasa English. Lebih baik gunakan konsep itu betulkan papan-papan tanda kedai yang ejaan itu tidak betul.

[5]    Aku juga faham niat kerajaan untuk memperkenalkan TVET dan Science dengan adanya subjek RBT dan Kimia. Namun begitu untuk subjek yang memerlukan practikal sekolah dan kerajaan perlulah menyediakan kemudahan untuk memastikan subjek tersebut dapat diajar dangan baik. Ini kadang-kadang bengkel tidak mempunyai peralatan yang lengkap, peralatan usang dan lab tak cukup bahan. Pernah cikgu kawan lama aku hampir terputus jari sebab gerudi lantai tu dah usang sanggat (kat 25 tahun mesin tu) sebab sekolah tiada dana untuk baiki/servis mesin tersebut. Banyak eksperimen sains tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan bahan akibat kos yang tinggi. Malah untuk subjek seperti RBT, pembelajaan Arduino abang kawan aku yang bagi pinjam set Arduino dia sebab sekolah tiada dana untuk sediakan bende tu. (Thanks kat dia aku belajar minat belajar Arduino).
 

[6]    Lepas tu pasal e-learning. Aku tahu disebalik tabir sebelum frogVLE diperkenalkan UTM dah develop platform e-learning secara percuma tapi entah macam mana bole pergi kat Frog VLE. Problem utama adalah pada infrastructure. Masyarakat, internet yang disediakan dekat sekolah lembab nak mati (<100kpb). Frog VLE itu pun murid biasa tak pakai pun. Aku pun x tau apa funtion dia sanggat setakat cikgu suruh login dan biarkan je (untuk nampak sekolah macam aktif)...Selamat aku ini bijak sikit aku daftar email tu dekat website-website yang ada offer untuk account student dapat harga murah sikit (tapi bende ini x siapa pun warwarkan)

[7]    Selepas tu pc dan laptop hitam tu macam dari era 2010. Bayangkan sesetengah PC yang kawan aku pakai RAM dia 512mb , intel Pentium tahun 2004, CRT monitor  (dia pernah sekolah kat SBP tahun 2018), nak copy paste artikel dari wikipedia tak lepas. Chromebook tu useless kalau tiada internet. Phone dan tablet free yang beri untuk cikgu itu spec dia...Xyah ditanya.

Itu belum aku buka cerita pasal Laptop kerajaan bagi. Kawan emak aku dulu datang kat aku tanya awat laptop problem x sampai dua tahun pakai. Harddisk problem, battery x leh pakai , spec dia ...4gb ram i3 4010U. Yang bestnye bila bandingkan laptop tu dengan dekat Dell Latitude E5440 ada bende hilang macam webcam. Aku tanya balik bende ini x der warrenty ke, sebab masalah software je aku bole tolong, mak kawan aku cakap dia x berani sebab kalau rosak dia kene bayar RM10k ikut surat perjanjian yang kene sign untuk laptop kerajaan itu...10K bole beli dua laptop Gamming High Spec i7 yang 16gb RAM...(aku rasa ini kontrak kerajaan yang makan tepi ini)

[8]    Malah semasa PKP ini sudah nampak aspirasi kerajaan nak guna platform e-learning ada banyak masalah. Paling besar accessibility dan . Dari segi accessibility seperti internet yang stabil, adakah guru dan murid mempunyai alat untuk guna e-learning seperti laptop dan smart phone. Laptop kerajaan tu dahlah x der webcam jadi memang x leh guna web conference. Internet pun banyak tempat tidak stabil dan kalau nak video call pun 1GB tu sekejap je kene telan. Paling bermasalah untuk pastikan guru dan murid boleh gunakan plaform e-learning seperti Google Classroom. Untuk cikgu kebanyakkan tak berapa nak reti guna Classroom, maklumlah perkara baharu. Untuk murid pulak ada yang malas dan tipu ...dekat Insta,tiktok,twitter dik main aktif tapi bila suruh guna Google Classroom macam-macam alasan , tak der internet, tak reti pakai , xder laptop/phone dan macam-macam lagilah. Adapulak sesetengah ibu bapa memandang enteng untuk bagi pinjam smartphone mereka untuk kegunaan pembelajaran anak-anak.

[9]    Kemudahan akses internet ini lagi bermasalah untuk mereka tinggal di kawasan luar bandar kerana liputan internet yang agak kurang memuaskan serta di sekolah asrama. Kebanyakkan sekolah asrama melarang penggunaan smartphone/laptop kerana risau perkara itu akan menjejaskan prestasi pembelajaran mereka, padalah sekiranya dibimbing dengan betul kemudahan tersebut boleh memberi skill baharu (contoh guna Word, Illustrator, Video editing) dan meningkatkan prestasi pembelajaran mereka (Google, Wikipedia, Online Class). Kaedah melarang tidak boleh dipakai lagi pada masa kini sebaliknya perlu gunakan kaedah bimbingan ke jalan yang betul.

[10]    Malah kaedah pembelajaran dan penilaian di negara kita masih berteraskan kaedah 'Hafal dan Exam'. Walaupun KPM perkenalkan KBAT tetapi sebenarnya ia masih berdasarkan buku teks sahaja. Contoh yang aku pernah kena dalam soalan sejarah. Soalan tu tanya sebab kekalahan melaka adalah sebab kecanggihan senjata portugis (setuju/x setuju). Aku tidak setuju pastu aku terangkan pasal Melaka pun ada meriam mengikut perjanjian melaka dan kerajaan Uthmaniah megikut kajian terbaharu yang aku baca dari buku Rahsia Kerajaan Melayu (x silap title buku tu). Pastu jawapan aku salah sebab kene ikut buku teks. Ini menunjukkan KBAT itu tidak funtion mana kalau jawapan lari dari buku teks. Subjek seperti Bio, Kimia, BM, Sejarah dan PI ini kalau siapa hafal dan jawab exam ikut apa dia hafal markah automatik akan tinggi. Aku kesian dekat kawan lama aku dulu, dia masuk asrama tetapi exam dia tidak perform tetapi dia rajin masuk pertandingan sampai international. Tetapi penilaian kepandaian dan prestasi individu hanyalah dinilai semata-mata pada exam menyebabkan dia tertinggal berbanding kawan-kawan dia yang lain. Dan perkara ini bukan terjadi dekat dia , beribu-ribu pelajar di Malaysia mempunyai bakat yang unik tetapi prestasi individu hanyalah di ukur oleh slip peperiksaan semata-mata menyebabkan mereka tidak dapat berbakti dan menyumbang kepada kemajuan negara. Jadi jika pencapaian mereka hanya diukur oleh slip peperiksaan adakah lebih baik mansuhkan aktiviti kokurikulum kerana boleh memberi tumpuan kepada akedemik semata-mata?

[11]    Dahulu ada ura-ura untuk menggantikan buku teks dengan e-teks book. Cadangan yang amat bernas kerana dapat mengurangkan beban pelajar untuk membawa pelbagai buku teks ke sekolah. Namun begitu kadar pelaksaannya hingga kini seperti sifar sahaja. Malah ketika PKP ini untuk mencari e-buku teks amatlah sukar kerana tiada sistem centralize yang mempunyai semua buku teks dengan lengkap. Ini amatlah menyusahkan para pelajar untuk mencari sumber rujukkan buku teks. Selain itu kebanyakkan e-buku teks tidak mempunyai 'Smart function' sebaliknya hanyalah file PDF semata-mata. Maksud Smart Funtion ini adalah contohnya dalam buku teks itu ada URL/QR code tidak perlu di scan sebaliknya hanya klik sahaja dan pautan tersebut akan buka. Malah tiada keupayaan untuk letak comment atau conteng nota kaki dalam e-buku teks menyebabkan buku teks tradisional lebih digemari para pelajar biasa. Buku teks sekarang ini sudah bagus dari zaman aku yang monochome tu, bab 4 pun bergambar warna-warni tetapi bila aku baca buku teks sejarah aku menjadi hampa pulak. Banyak perkara dan kajian terbaharu berkaitan Kerajaan di Tanah Melayu dahulu di ketepikan (Macam Kota Melaka ada meriam, orang dahulu dah pakai Istinggar atau Awang Hitam yang berlayar pusing bumi). Nampak remeh tetapi bende ini lah boleh menaikkan semangat patriotik para pelajar. Kadang-kadang perkara politik diselitkan dalam diam-diam dekat buku teks atau sumber bacaan di sekolah buat aku frust. Tolong jauhkan agenda politik tersembunyi dari sekolah dan minda para pelajar. Bukan berniat untuk menuduh mana-mana pihak tetapi aku sendiri boleh nampak. Contoh dahulu 'Surat Khabar' yang 50% ditaja oleh pihak luar, bila aku tanya cikgu aku kenapa tidak pilih Harian Metro untuk berita terkini kerana semasa itu Berita Harian penuh dengan perkara politik.

[12]    Bebanan dalam sistem pendidikan saban tahun semakin tinggi sama ada untuk pelajar atau guru. Terlalu banyak program sampingan yang tidak diperlukan menjadi bebanan pada sistem pendidikan negara. Belum cakap lagi sesetengah negeri ingin masukkan 'Identiti Negeri' dalam sektor pendidikan menambah bebanan pada guru dan murid. Contoh paling ketara Johor, rambut bangsa johorlah, baju bangsa johorlah, student in leadership dan macam-macam program kenegerian. Aku bukan bangkang sepenuhnya idologi 'Bangsa Johor' tetapi semangat kenegerian perlu diketepian dan menfokuskan perpaduan nasional untuk peringkat sekolah kerana pada peringkat inilah kita boleh mengurangkan rasis dari segi bangsa, negeri atau apa-apa rasis yang lain. Selaian itu, bagi aku perhimpunan pagi setiap hari dan perhimpunan rasmi tidak perlukan sanggat. Bagi aku perhimpunan rasmi sahaja yang dikekalkan tetapi hanya jika ada majlis/program khas sahaja. Dan ada negeri yang suruh selit doa panjang berjela untuk keluarga diraja (dari moyang sampai cucu cicit). Aku bukan bangkang sistem diraja tetapi lebih baik doa itu difokuskan untuk kesejahteraan negara, guru dan murid sahaja. Untuk pihak guru kadang-kadang terlalu banyak kursus yang perlu diikuti. Waktu PKP ini ada yang kene join program baca buku pastu cerita kat org lain, dengar ceramah panjang berjela dari pihak atasan atau kene pergi ke sekolah walaupun sekolah tidak dibuka lagi. Banyak data sekolah/murid perlu diruskan oleh guru padahal beban kerje ini boleh diagihkan kepada kerani pejabat. Sudahlah itu jika pergi kursus yang jauh 'duit minyak' kadang-kadang dibayar untuk satu kereta walaupun yang pergi ramai. Perkara-perkara ini boleh menyebabkan bebanan kepada guru padaha skop guru adalah mengajar dan membimbing generasi masa depan bukannya pengurusan data. Bagi aku dari kursus bukan-bukan tu lebih baik buat kursus 'Basic Google Classroom', 'Basic Microsoft Teams' atau 'Basic Office 360 (Word,powerpoint,excel) untuk guru dari ceramah-ceramah yang pelik-pelik tu.

[13]    Pandangan masyarakat yang tidak betul lagi-lagi diputar belitkan oleh sesetengah individu menyebakan kerjaya guru semakin terbeban. Contohnya satu artikel TheStar oleh M. Veera Pandiyan yang menyatakan gaji guru berbelas ribu (mengikut tarikh post ini keluar kenyataan tersebut ditarik balik) menyebabkan sesetengah tanggapan negatif masyarakat terhadap kerjaya seorang guru terkesan. Ada mereka yang tidak berpuashati guru dapat cuti banyak (sebab mereka ingat cuti guru=cuti murid), guru setakat ajar sahaja (mereka anggap cikgu berdiri dan cakap sahaja) dan macam-macam lagi. Mereka tidak pernah merasa berapa susahnya nak jaga dan ajar anak orang. Mereka tidak sedar guru banyak keluarkan duit poket mereka sendiri untuk menampung pembelajaran anak-anak mereka.

[14]    Ini ditambah lagi dengan kuasa guru yang sanggat terhad untuk mendidik para pelajar. Aku tahu aku bukan pelajar yang baik mana pun, pernah kene gantung sekolah sebab ponteng kelas tetapi bila baca berita sekarang nie rasa geram dan sakit hari. Kes Ustazah yang kene paksa merangkak oleh ibu budak tu gara-gara sakit hati anaknya didenda. Nak rotan x boleh, cubit x , dende sikit pun x boleh jadi apa cara untuk tegur budak. Adakah cakap sahaja berkesan. Kalau tengok waktu PKP ini pun orang dewasa pun bila cakap sahaja tiada siapa mahu ikut apatah lagi si kanak-kanak atau darah muda si remaja. Aku tidak faham dengan sesetengah NGO dan netizen yang melarang teguran melalui fizikal selagi tidak melampaui batas. Maksud aku cubit sikit je atau dende berdiri luar kelas pun diorang nak bising. Sudah pulak itu bila hari terbuka bila cikgu cakap dekat ibu bapa mereka perangai anak-anak mereka bantah dan tidak percaya. Jangan ditanya dekat ibu bapa yang tidak pernah kisah untuk hadir semasa hari terbuka tu. Ada segilintir ibu bapa yang merasakan perangai anak-anak mereka nie suci dan baik macam kain putih. Aku pernah pernah bersekolah jadi aku tahu 'muka-muka sebenar' pelajar di sekolah.

[15]    Terakhir pasal dana sekolah. Dahulu RM50 diwajibkan bagi setiap keluarga untuk Yuran PIBG setiap tahun. Yuran PIBG ini adalah talian hayat terakhir untuk dana sekolah jika duit dari 'atas' masih tidak turun-turun. Namun pada masa kini yuran PIBG hanyalah sekadar sumbangan sahaja (tidak boleh dipaksa). Ini memberi impak yang agak kritikal pada sumber kewangan sekolah. Untuk mengharapkan dana dari kerajaan sahaja tidak mencukupi untuk membuat program-program yang diarahkan oleh KPM. Sesetengah sekolah mempunyai beban kewangan yang dahsyat hinggakan terpaksa meminta sumbagan kertas (lagi-lagi sewaktu tahun 2016-2018, bila duit x turun). Perkara ini amat menyedihkan namun tidak diwarwarkan dalam akhbar. Ada sekolah yang bangunannya bertahun tidak dibuat maintenance (merekah sana-sini, kipas x leh pakai, lab rosak), library x pernah update atau makmal komputer tidak boleh digunakan kerana tiada dana untuk membuat pembaharuan. Banyak event terpaksa dicancel kerana kehabisan dana. Bayangkan ada sekolah tidak sampai 10% keluarga membayar PIBG, tapi ramai ibu bapa bising kenapa event tiada, kertas kene print sendiri padahal mereka yang kedekut untuk mengeluarkan sedikit wang demi pendidikan anak-anak mereka. Baju raya tahu nak baharu setiap tahun, duit PIBG tidak mahu keluar.

Cadangan penyelesaian


[1]
  • Gabungkan semua fungsi website-website tersebut dalam satu sistem sahaja.
  • Pastikan website tersebut secure dan diuji oleh independent cyber security
  • Pastikan UI mesra pengguna dan sistem itu dicuba oleh guru-guru biasa.
  • Dapatkan feedback dari pengguna untuk improvise sistem tersebut.
  • Pastikan website tersebut dapat menahan beban traffik internet minimum 3 juta pengguna dalam satu masa.
  • Buat applikasi khas untuk kegunaan guru. Jangan main buat apps tapi UI dan funtion dia teruk.
  • Buang keperluan untuk hardcopy sebaliknya pastikan server sentiasa membuat backup data.
  • Khas untuk kerajaan : Pastikan vendor dilantik bukan sebab 'cabel atau backdoor' sebaliknya kepada vendor yang bertauliah melalui open contract.
[2-7]
  • Pastikan buat kajian menyeluruh dengan buat kajian bersama guru dan pelajar sebelum main cedok sistem pembelajaran dari luar negara
  • Sistem sepeti Virtual Classroom boleh dibuat sekiranya mempunyai kemudahan dan akses menyeluruh pada semua guru dan murid
  • Biarkan subjek Math,Science,Bio,Physic,Chemistry dalam bahasa English kerana banyak istilah dan kebanyakkan universiti/kajian di seluruh dunia menggunakan English.
  • Kemudahan infrastruktur perlu dilihat dan ditambah baik.
  • Sektor IT pendidikan perlu dititik beratkan.
  • Pastikan vendor yang menyediaka laptop dan internet dikaji dengan teliti (bukannya 'kabel')
  • Menyediakan peruntukkan dana lebih banyak untuk kegunaan subjek praktikal (seperti RBT dan Kimia)
  • Memastikan setiap makmal,makmal komputer dan bengkel mempunyai peralatan, bahan dan diselenggara dengan baik.
  • Untuk subjek TVET dedahkan murid-murid dengan dunia TVET dengan membuat koloberasi bersama universiti atau kolej berkaitan TVET untuk menarik minat pelajar.
  • Untuk menggalakkan pelajar memasuki aliran sains kurangkan bebanan hafalan dan requirements untuk memasuki aliran sains.
  • Bagi independent advicesor untuk membuat pilihan laptop/pc/tablet untuk kegunaan guru dan murid di sekolah.
  • 'Pembelajaran Interaktif' perlu dikaji semula (adakah ia memberi manfaat atau hanya beban tenaga dan wang)
[8-9]
  • Berikan basic guide untuk guru-guru dan murid untuk gunakan platform e-learning seperti Moodle, Google Classroom atau MS Teams.
  • Ibu bapa perlu memberi kerjasama untuk memberi akses pembelajaran online
  • Laman web khas yang mempunyai bank soalan, koleksi contoh peperiksaan dan tutorial untuk para pelajar (EduwebTV tu aku tahu ada tapi....faham-faham jelah, lebih baik Khan Academy)
  • Beri internet free untuk murid-murid berperluan untuk akses pembelajaran (guna Whitelisting search system)
  • Benarkan penggunaan smartphone atau laptop untuk kegunaan para pelajar. Kaedah larangan tidak lagi sesuai ketika seluruh dunia sedang beralih kearah digitalization.
  • Laptop dan smartphone amat berguna sebagai alat pembelajaran. Semua benda ada baik atau buruk tetapi dengan adanya bimbingan kita boleh pastikan ia dimanfaatkan ke arah lebih baik seperti tambah skill editing, art atau software system
  • Pembelajaran melalui pelbagai medium (Contoh je anime yang bermanfaat cam Cell at work dan video kat youtube yang guna anime untuk tarik minat nak belajar)
[10-11]
  • Letakkan kecemerlangan kokurikulum sebagai 'Subjek' pada slip peperiksaan.
  • Nilai semula sistem peperiksaan sekolah.
  • Buat aplikasi/website yang menyimpan semua buku teks yang boleh digunakan secara percuma untuk para pelajar (Ye aku tahu app e-teks book wujud tapi x lengkap)
  • Pastikan e-teks book adalah interaktif (bukan sekadar PDF/scan sahaja)
  • Recheck buku teks agar bebas dari unsur politik
  • Jauhkan unsur politik dari sekolah (Yo termasuk bagi beg percuma yang ada lambang politik tu pun x nak)
  • Buku teks seperti sejarah perlu dinilai semula (jangan hanya berlandaskan kajian barat semata-mata, bebas dari agenda politik, kalau jahat tu jahat jangan sembunyi pulak)
[12-13]
  • Fokuskan pada perpaduan akar umbi bukannya menaikkan semangat kenegerian.
  • Semak balik keperluan perhimpunan atau kursus.
  • Kurangkan beban kerje guru agar guru boleh fokus kepada mengajar (Guru antara kerjaya yang stress tinggi, jangan tambah beban lagi)
  • KPM perlu saman mereka yang membuat kenyataan yang merendahkan kerjaya seorang guru kerana kenyataan yang diputar belit mereka boleh mengubah perspeksi masyarakat terhadap guru.
  • Masyarakat perlu sedar guru adalah satu kerjaya mulia. Sedar-tak sedar guru boleh membentuk peribadi anak-anak mereka secara tidak langsung.
  • Beri kursus khas untuk guru dan murin untuk tambah skill dan guna platform e-learning
[14-15]
  • Mewajibkan yuran PIBG semula (kec. kepada mereka yang benar2 tidak boleh)
  • Beri tambahan peruntukkan dana untuk kegunaan sekolah.
  • Kurangkan karenah birokrasi dalam memberi dana kepada sekolah.
  • Transparent dalam account dana dari kerajaan hingga kegunaan pada pihak sekolah.
  • Jangan paksa sekolah guna vendor kerajaan sebaliknya beri sekolah untuk membuat pilihan sendiri (x nak 'kabel')
  • Ibu/bapa perlu wajib menghadiri hari terbuka dan menerima apa guru komen pasal anak-anak mereka
  • Ibu/bapa bertanggungjawab untuk mendidik anak-anak mereka, bukan mengarapkan guru untuk mendidik anak-anak mereka. Mereka juga perlu mengambil berat tentang aktiviti PIBG dan tidak kedekut untuk pendidikan anak-anak mereka
  • Tutup NGO-NGO yang mempunyai agenda tersembunyi untuk memecah-belahkan sistem pendidikan negara. Selagi tiada tindakkan tegas diambil mereka akan menyalahgunakan 'Kebebasan bersuara' yang boleh memberi impak negatif terhadap sektor pendidikan negara.
  • Netizen perlu sedar bahawa kerjaya guru amat berat. Guru tetap berkerja walaupun semasa cuti sekolah dan tidak kira siang atau malam mereka amat mengambil berat tentang anak murid mereka. Jika diluar negara seperti Finland, tahap kerjaya guru sama tinggi dengan Doktor.
  • Berikan kuasa/authority kepada guru untuk mendidik, cara mengajar atau denda. Jika kuasa guru hanya terhad kepada kata-kata sahaja ini amat bahaya dan boleh melahirkan 'Golongan pijak/besar kepala'.

Penutup

"Kata-kata tidak boleh mengubah sesuatu perkara. Hanya tindakkan dan kerjasama mampu mengubah dan meyelesaikan masalah."
Aku harap post ini dapat membuka mata semua pihak untuk sama-sama membaiki dan mempertingkatakan mutu pendidikan negara untuk melahirkan genrasi masa depan yang lebih baik. Aku bukanlah pakar atau professor hanya cakap berdasarkan pengalaman dan cerita daripada kawan-kawan aku. Ada banyak lagi masalah sektor pendidikan seperti lambakkan sekolah berasrama atau masalah SK dan SJK tetapi malas nak tulis (kene tanya kawan aku kat SBP,MRSM dan pernah sekolah kat SJC).

Some text are generate using GPT-3 system OpenAI. Cross check system not perfect and may encounter error.

Comments