Basic Arduino dan komponen elektronik

Arduino UNO



Paling biasa digunakan apabila hendak buat projek arduino .Ada dua variant ,satu embedded cip dengan cip boleh cabut.


Arduino MEGA


Digunakan utuk mengawal projek besar kerana mempunyai banyak pin kawalan daripada arduino UNO.

Arduino NANO


Selalu orang guna untuk prototaip projek kecik sebab harganya murah dan breadboard friendly.

Arduino Pro Mini


Selalu digunakan untuk final prototaip sebab saiznya antara paling kecil namun kena pakai FTDI breakout module untuk programkan dia.

Breadboard


Tempat untuk prototyping projek ...selalu datang dalam tiga saiz, mini,standard dan large...yang dalam gambar nie large.



Ini sambungan litar breadboard...Lubang pin Merah untuk positive dan Hitam untuk negative. Biru merupakan pin bebas dan semua sambungan pin bersambung dalam kotak sahaja. Di tengah breadborad ada 'longkang'  yang membataskan sambungan pin. Sebenarnya nak ikut warna tak wajib tapi memudahkan sambungan pin dan wayar jumper.


Wire jumper


Terdapat tiga variant ...yang paling atas adalah male to male, kemudian male to female dan terakhir female to female. Ia datang dalam pelbagai warna dan panjang (ada 15cm,20cm,30cm dan 40cm). Selalunya ianya bersambung namun boleh dipisahkan mengikut keperluan.


LED


Biasa orang start arduino dengan programkan LED...Namun begitu LED amat sensitive terhadap input voltage dimana jika voltage terlalu tinggi boleh merosakkan LED tersebut.Kaki panjang adalah positive dan kaki pendek adalah negative. Cara untuk pilih perintang sesuai untuk LED.


Buzzer


Digunakan sebagai Output bunyi...Contoh diatas menggunakan 'Buzzer Module' dimana anda tidak perlu letakkan resistor dan boleh sambung direct kepada arduino (begantung pada module 3.3v atau 5v)


Switch


Digunakan sebagai kawalan sambungan litar atau input arahan kepada arduino.Terdapat pelbagai jenis dan paling popular untuk arduino adalah Button Switch.


Sambungan Button Switch



Relay


Sebagai suis untuk mengawal litar atau benda lain yang voltage-nya lebih tinggi dan lebih besar dari litar kawalan. Contoh: Menjadi suis pada Mentol 220v AC atau on/off litar 12v (luar kemampuan Arduino). Datang dalam pelbagai jenis dan spesifikasi. Untuk permulaan digalakkan guna module kerana mudah dikawal,disabungkan dan boleh sambung direct ke arduino. Ada single channel, 2-channel,4 channel dan banyak lagi channel untuk Relay Module.

Kalau x nak pakai relay module pun boleh,pakai relay seketul itu sahaja. Dia ada lima kaki ,check balik pinout diagram untuk pakai.


Motor


Sebagai Output pergerakkan mechanical .Terdapat pelbagai jenis motor seperti DC motor,Stepper Motor dan Servo Motor. Arduino tidak boleh power-up motor hanya mengawal sahaja. Oleh itu digalakkan anda mempunyai H-Bridge module atau Motor Shield untuk power-up dan mengawal motor tersebut.


Capacitor



Ada terbahagi kepada dua jenis utama, yang kene ikut terminal dengan bebas. Yang kene ikut terminal macam electrolic capacitor dan bebas , mika capacitor


Resistor


Digunakan untuk mengurangkan arus dan membahagi voltage. Terdapat dua jenis utama iaitu boleh laras dan tetap. Yang bole laras dia selalunya ada tombol yang bole pusing dan yang tetap macam gambar tu. Value yang tetap tu kene tengok colour code.

Comments